16 Feb 2015

Allah Pemberi Rezeki

Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Kemudian, kucing tersebut mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.


Beliau terperanjat melihat kelakuan kucing tersebut. Walaubagaimanapun, beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke mana si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya kucing itu berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. Apabla sampai di hadapan lubang tersebut, kucing itu pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.


Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua-dua matanya lalu memakan daging tersebut. 

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya.